[VIDEO] Kanibal Serah Diri, Dah ‘Penat’ Makan Manusia

Sharing is caring!

SEORANG lelaki dari Afrika Selatan yang disyaki memakan daging manusia akhirnya ‘mengaku kalah’ apabila menyerah diri kepada pihak polis, baru-baru ini.

Suspek yang bekerja sebagai pengamal perubatan tradisional itu dilapor menyerah diri dengan datang sendiri ke balai polis berhampiran kediamannya sambil membuat pengakuan, “Saya dah penat makan daging manusia.”

Pihak polis mengesahkan perkara tersebut dan sebaik mendengar pengakuan lelaki itu, mereka terus membuat pemeriksaan di rumahnya sebelum menemui beberapa keratan bahagian badan manusia.

RUMAH SUSPEK.

Dalam penyiasatan, pihak polis mendapati suspek merogol dan kemudiannya membunuh kesemua mangsa perempuannya sebelum makan daging mereka.

Loading...

Suspek turut mendedahkan kegiatannya itu turut didalangi bersama dua rakannya. Kesemua tiga suspek telah pun disabitkan dakwaan di atas jenayah yang dilakukan mereka dan perbicaraan mengenai kes ini akan berlangsung dalam masa terdekat.

Buat masa ini, pihak polis masih lagi menyiasat senarai wanita yang telah menjadi mangsa korban ketiga-tiga kanibal tersebut. – MYNEWSHUB.CC

 

………………………………………..

Kantoi Curi Tabung Masjid, Empat ‘Toyol’ Kena Buru


KAJANG – Empat remaja lelaki berjaya melarikan tabung derma di Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, di sini dengan memutuskan rantai besi menggunakan alat pemotong yang dibawa suspek.
Kumpulan empat ‘toyol’ berkenaan dipercayai terpaksa berbuat sedemikian selepas usaha gigih mereka ‘memancing’ wang dalam tabung tersebut sebelum ini sering menemui kegagalan.

Bagaimanapun, kegiatan jenayah suspek terbabit berjaya dirakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sekitar masjid berkenaan.

Menurut nazir masjid, Mohd. Nasri Abdul Hamid, pada mulanya suspek dikesan cuba ‘memancing’ tabung tersebut menggunakan tali dan pita pelekat.

Malangnya, usaha tersebut gagal kerana lubang pada tabung berkenaan telah dikecilkan oleh pihak pengurusan masjid bagi mengekang jenayah.

Tambahnya lagi, ekoran berang dengan kegagalan itu suspek dilihat beredar sebelum kembali semula ke masjid tersebut dengan membawa alat pemotong besi.

Loading...

Berdasarkan rakaman CCTV, suspek menggunakan peralatan itu untuk memotong rantai besi yang mengikat tabung berkenaan pada tiang masjid sebelum melarikannya menggunakan motosikal.

“Berdasarkan rakaman CCTV, suspek kerap cuba mencuri duit derma itu. Disebabkan itu, pengurusan masjid mengecilkan lubang tabung itu.

“Tidak sangka mereka langsung melarikan tabung itu yang bakal dibelanjakan untuk pembinaan surau berdekatan,” katanya dilapor Harian Metro. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

*Video dibawah sekadar hiasan…

 

…………………………….

Guru Disyaki Cabul Pelajar Ditahan

KUCHING – Seorang guru disyaki melakukan seksual fizikal terhadap dua pelajarnya akan dihadapkan ke Mahkamah Serian pagi esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Datuk Dev Kumar, suspek yang berusia 37 tahun itu mengajar di sebuah sekolah di daerah Serian disyaki melakukan seksual fizikal terhadap dua murid lelakinya yang masing-masing berumur 10 tahun.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a), (b) dan (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Menurut Dev, mangsa pertama dicabul pada Mei 2017 di dalam pejabat Hal Ehwal Murid manakala bagi mangsa kedua, kejadian berlaku pada Ogos 2017 di dalam stor sekolah berkenaan, bagaimanapun murid itu berjaya melepaskan diri.

Katanya, keluarga kedua-dua mangsa mendakwa mereka telah mengadu kepada pihak sekolah tetapi tidak ada tindakan atau maklum balas daripada pihak sekolah dan ini telah memaksa mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serian hari ini.

Menurut Dev bertindak setelah menerima laporan berkenàan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Serian menahan suspek petang tadi ketika dia datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serian. – BERNAMA

Loading...

Sharing is caring!

Loading...