[VIDEO] Uncle Cina Cuba Ikut Gerakkan Orang Sedang Bersolat. Moga Temui Hidayah

Sharing is caring!

Negara kita diduduki oleh pelbagai bangsa, budaya dan agama. Bangsa yang berbeza juga sebenarnya membuatkan negara kita jadi lebih unik kerana dihiasi pelbagai budaya. Setakat ini, Malaysia masih terasa aman walaupun diduduki pelbagai bangsa dan semoga kekal aman dan makmur.

Sedang tular di media sosial apabila satu video yang merakamkan seorang lelaki tua berbangsa Cina sedang  berdiri tegak dan apa yang menariknya beliau berdiri sambil memerhati pada sekumpulan lelaki sedang bersolat berjemaah di dalam sebuah bangunan di sekitar Jalan Raja Laut.

Rakaman video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna laman facebook iaitu  Mohd Azlan Omar sempat merakam situasi itu ketika ingin menuju kesana untuk solat.

Loading...

Beliau menceritakan, dia melihat uncle itu  berdiri disitu ketika jemaah sedang bersolat dan ketika itu program yang dijalankan bersama gelandangan baru selesai.

“Dia melihat tanpa berkedip mata dan tangan beliau mengikut apa sahabat-sahabat di dalam bangunan tu lakukan”, tulisnya.

Video yang dimuatnaik kelihatan uncle tersebut seolah olah tertarik dan terpegun dengan alunan suci ayat al-Quran yang dibaca dalam solat. Beliau  juga sempat meninggalkan pesanan supaya umat Islam mengambil pengajaran agar tidak malas dan lalai untuk melakukan solat.

“Oleh yang demikian malulah kita yang beragama Islam lalai dengan tidak melakukan ibadah solat..Ayuh umat Islam solat itu tiang agama,” tambahnya lagi.

Jarang sekali untuk kita  perhatikan perkara sebegini terjadi apatah lagi zaman sekarang. Kita sering didedahkan dengan pergaduhan berlainan kaum sejak kebelakangan ini. Sebab itu apa yang uncle ini cuba lakukan memberi petanda berlainan bangsa tidak semestinya mencerminkan baik buruk seseorang itu. Semoga uncle ini diberikan hidayah daripada Nya.

VIDEO :

MOGA UNCLE TEMUI HIDAYAH

 

………………………………………

Lelaki Lompat Menggunakan Payung Terjun Yang Dibeli Online, Detik Selepas Itu Sangat Mencemaskan!

 

Loading...

Detik cemas dirakam oleh seorang wanita apabila seorang lelaki bertindak untuk terjun daripada balkoni rumahnya menggunakan payung terjun yang dibeli secara online. Dapat didengari dengan jelas apabila wanita yang merakam video ini menangis dan merayu supaya lelaki ini tidak melakukan aksi ngeri itu.

Rakaman tersebut menunjukkan seorang lelaki memakai baju t-shirt bewarna merah jambu dan sudah bersedia untuk melompat daripada tingkat paling tinggi apartment berkenaan. Lelaki berkenaan yang mengira sehingga tiga melompat ke bawah dan suasana diiringi dengan jeritan wanita berkenaan yang berada di belakangnya.

Ajaibnya, apabila lelaki berkenaan melompat bersama papan terjunnya, dia berjaya mendarat dengan selamat!

 

Identiti dan lokasi sebenar kediaman berkenaan tidak dikenal pasti. Menurut Daily Mail, kejadian tersebut berlaku di salah sebuah apartment di Brazil.

Salah seorang penerjun payung terjun untuk tentera udara Brzil memaklumkan bahawa lelaki berkenaan tahu apa yang dilakukannya.

Dengan menganalisis video, saya boleh mengesahkan bahawa dia tahu dengan tepat apa yang akan dilakukannya.

Ada juga netizen yang menjelaskan bahawa lelaki berkenaan dilihat berpengalaman dalam menjadi seorang penerjun payung terjun.

Closed curve yang lelaki itu buat pada akhir video supaya dia tidak jatuh di tempat letak kereta menunjukkan dengan jelas bahawa lelaki itu seorang yang mahir

Ada juga netizen yang mendakwa lelaki berkenaan tidak bertanggungjawab dan bodoh dengan tindakannya itu.

Berikut kami kongsikan video pendek ketika kejadian:

Loading...

Sumber Daily Mail

 

…………………………..

Sharing is caring!

Loading...