Si Genius Yang Pernah Menggemparkan Seluruh Rakyat Malaysia,Dimanakah Mereka Sekarang?

Sharing is caring!

Jika di sebut nama Sufiah Yusof atau Adiputra, pasti ramai yang sudah tahu akan sosok anak muda ini yang mana rakyat Malaysia mengenali mereka sebagai individu yang sukses dalam bidang akademik tanpa perlu mendapatkan bimbingan khusus seperti anak muda yang lain dari sekolah biasa. Sufiah di katakan berjaya masuk ke Universiti Oxford di usianya yang sangat muda manakal Adiputra pula di katakan sangat mahir dalam mengingati nombor serta mempunyai formula matematiknya sendiri.

Pada tahun 70-an juga, ada seorang lagi anak genius yang menarik perhatain ramai orang iaitu Shukri Hadafi yang di ketahui ramai sebagai seorang budak paling pintar dan muda pada ketika itu. Mereka di lihat sebagai anak yang punya masa depan yang sangat cerah, mampu untuk melakukan sesuatu yang luar biasa buat masyarakat dan juga negara. Persoalannya di sini, di manakah mereka sekarang?

1 ) Sufiah Yusuof

Loading...

Beliau pernah mencetuskan kontroversi kerana di katakan lari dari asrama dan telah terjebak dengan kancah negatif dan dunia pelacuran. Sufiah di katakan pernah mengalami tekanan emosi ketika melanjutkan pengajian di luar negara. Terkini menurut portal NST, beliau di katakan pernah berkahwin namun berpisah dengan suaminya. Sufiah juga sekarang ini sudah mempunyai kehidupan yang stabil dan meninggalkan segala perkara negatif di belakang. Beliau aktifi berkongsi pengalaman hidupnya melalui laman ini : https://inquiringfeminist.com/ 

2 ) Adi Putra

Dia sekarang ini sudah meningkat remaja dan di katakan sudah memegang jawatan sebagai seorang pensyarah di sebuah univerisiti tempatan. Adi pernah menggemparkan rakyat Malaysia dengan kepandaiannya dalam topik matematik sehingga dapat mengeluarkan buku formula matematiknya sendiri. Buku itu di katakan telah di gunakan di sekolah yang terletak di Brunei.

Adi di katakan pernah menuntut di UIA namun pengiktirafan A Level tidak di berikan kepadanya atas alasan dia masih bawah umur. Dia juga gagal untuk menempatkan diri di mana-mana universiti terbaik dunia lantaran tidak memiliki apa-apa sijil pengiktirafan dari Malaysia.

3 ) Shukri Hadafi

Tidak semua yang tahu akan susuk lelaki ini kerana dia mula terkenal ketika tahun 70-an dan di katakan menjadi anak muda paling pintar dan muda di Malaysia ketika itu. Dia pernah di tawarkan berlakon dengan Almarhum Tan Sri Jins Samsudin. Sayangnya Shukri Hadafi ini di katakan pernah terlibat dengan kancah dadah.

Netizen menyifatkan kesemua mereka adalah asset beharga negara namun tidak di beri tumpuan khusus secara emosi dan peluang yang sesuai membuatkan ada di kalangan mereka potensinya sia-sia begitu sahaja. Oleh sebab itu, program PERMATA di tubuhkan untuk anak-anak seperti mereka. Menurut pendapat yang lain pula, faktor tekanan masyarakat dan publisiti melampau di usia muda juga boleh menjadi faktor tambahan kepada kegagalan mereka untuk naik ke level yang lebih tinggi.

Sebagai contoh,Hafizah Noor Isa (atas) dan Nur Adlyka Ainul Annuar (bawah) juga merupakan antara genius dari Malaysia yang mampu mengharumkan nama negara dalam bidang akademik.


Hafizah mampu untuk membuktikan teori Albert Einstein tentang gelombang graviti manakala Adlyka pula berjaya melakukan kajian tentang keaktifan tinggi lubang hitam bersama kumpulan NASA dan kedua-duanya mencapai kejayaan itu di peringkat global di usia muda.

Beza antara Hafizah dan Adlyka bersama genius yang lain, mereka popular agak lambat sedikit iaitu ketika usia mereka sudah mula meningkat remaja dan mencapai usia belia berbanding yang lain di mana publisiti tinggi di berikan kepada mereka ketika usia yang sangat mentah.

Loading...

 

………………………………..

[VIDEO] Uncle Cina Cuba Ikut Gerakkan Orang Sedang Bersolat. Moga Temui Hidayah

Negara kita diduduki oleh pelbagai bangsa, budaya dan agama. Bangsa yang berbeza juga sebenarnya membuatkan negara kita jadi lebih unik kerana dihiasi pelbagai budaya. Setakat ini, Malaysia masih terasa aman walaupun diduduki pelbagai bangsa dan semoga kekal aman dan makmur.

Sedang tular di media sosial apabila satu video yang merakamkan seorang lelaki tua berbangsa Cina sedang  berdiri tegak dan apa yang menariknya beliau berdiri sambil memerhati pada sekumpulan lelaki sedang bersolat berjemaah di dalam sebuah bangunan di sekitar Jalan Raja Laut.

Rakaman video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna laman facebook iaitu  Mohd Azlan Omar sempat merakam situasi itu ketika ingin menuju kesana untuk solat.

Beliau menceritakan, dia melihat uncle itu  berdiri disitu ketika jemaah sedang bersolat dan ketika itu program yang dijalankan bersama gelandangan baru selesai.

“Dia melihat tanpa berkedip mata dan tangan beliau mengikut apa sahabat-sahabat di dalam bangunan tu lakukan”, tulisnya.

Video yang dimuatnaik kelihatan uncle tersebut seolah olah tertarik dan terpegun dengan alunan suci ayat al-Quran yang dibaca dalam solat. Beliau  juga sempat meninggalkan pesanan supaya umat Islam mengambil pengajaran agar tidak malas dan lalai untuk melakukan solat.

“Oleh yang demikian malulah kita yang beragama Islam lalai dengan tidak melakukan ibadah solat..Ayuh umat Islam solat itu tiang agama,” tambahnya lagi.

Jarang sekali untuk kita  perhatikan perkara sebegini terjadi apatah lagi zaman sekarang. Kita sering didedahkan dengan pergaduhan berlainan kaum sejak kebelakangan ini. Sebab itu apa yang uncle ini cuba lakukan memberi petanda berlainan bangsa tidak semestinya mencerminkan baik buruk seseorang itu. Semoga uncle ini diberikan hidayah daripada Nya.

VIDEO :

MOGA UNCLE TEMUI HIDAYAH

Sharing is caring!

Loading...